Gambar Kad Antara Muka Rangkaian
Kad antara muka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai antara muka fizikal atau penyambung di antara komputer anda dengan kabel rangkaian. Antara muka rangkaian ini ada yang berbentuk kad dan ada yang berupa komponen dalam papan induk komputer.
Kad rangkaian ini juga menerima data input dari kabel dan menterjemahkannya kepada byte yang difahami oleh unit pemprosesan pusatkomputer. Kad rangkaian mengandungi perkakasan dan program firmware (aturcara rutin yang tersimpan dan ROM) yang mengimplemen fungsi-fungsi logikal link control (LLC) dan media access control (MAC) pada lapisan pautan data model OSI
Fungsi kad antara muka rangkaian ialah:
- Menyediakan data dari komputer untuk kabel rangkaian
- Menghantar data ke komputer yang lain
- Mengawal aliran data di antara komputer dan sistem kabel penyambung
0 comments:
Post a Comment