Salah satu peranti input yang paling popular ketika ini ialah tetikus (mouse) dimana jenis-jenisnya adalah pelbagai dan lebih dikenali dengan nama-nama khas seperti Mouseman, Surfman, Trackman dan sebagainya.
Hampir kesemua peranti input tersebut dilengkapi dengan bebutang selain memiliki berbagai ciri-ciri terkini seperti bebutang berbentuk roda serta bebola trek. Disamping itu terdapat juga tetikus yang dilengkapi dengan teknologi pengawalan terbaru dan tidak memerlukan wayar atau kabel untuk menghubungkannya dengan komputer kerana ia mempunyai bekalan kuasa sendiri. Apa yang lebih menarik ialah rekabentuknya yang kelihatan unik dan berinovatif akan memudahkan penggunaan dan mengutamakan keselesaan penggunaannya.
Bebutang rodanya turut merangkumi fungsi empat bebutang pilihan yang boleh diklik dengan mudah. Disamping itu boleh membesarkan paparan pada skrin dengan menggunakan butang ibu jari tanpa perlu menyentuh papan kekunci komputer.
Monday, 1 August 2011
Mouse (Tetikus)
Gambar Tetikus
Posted by Faza Farzana at 01:26
Labels: Tugasan ICT ke 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment