Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik. Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display ). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.
gambar monitor LCD
Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialahbilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya,l ebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan. Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod(CRT) sama seperti yang digunakan pada tiubt elevisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT.
0 comments:
Post a Comment