BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Sunday, 28 August 2011

Bahagian B




Cpu





Monitor



Thursday, 25 August 2011

Bahagian A

 3.Di dalam generasi penciptaan komputer,transistor digunakan di dalam generasi          
 B.ketiga

  
5.Siapakah pengerusi di dalam Struktur Organisasi Jawatankuasa Induk Unit ICT?
 A.Pengetua

6.Terdapat 2 jenis perisian iaitu:
 B.i  System Software
   iv Application Software

8.         membolehkan pengguna di rumah untuk menangkap video dan gambar statik
 B.Web cam

10.Komunikasi 2 hala sesuai merujuk kepada peralatan tersebut.
 B.Telefon


Tuesday, 9 August 2011

biodata...

  • Faza Farzana bt Fadzly
  • 2 Pluto
  • berbasikal
  • 17/11/97
  • doktor gigi

Monday, 1 August 2011

Topologi Bus


Gambar Topologi Bus

  1. Setiap komputer akan berhubung sesama sendiri memalui satu kabel tunggal, di panggil bus rangkaian.
  2. Setiap komputer atau stesen mempunyai perkakasan dan perisian untuk capaian kepada rangkaian.
  3. Setiap stesen di beri alamat khas dipanggil sebagai nod.
  4. Talian hanya boleh mengendalikan satu mesej sahaja dalam satu masa, ia di hebahkan kepada semua node dalam rangkaian tetapi hanya nod penerima yang boleh menerima mesej.
Kebaikan
  • Rangkaian ini mudah dan senang di kendalikan, ia juga sesuai di gunakan jika setiap peranti berada bedekatan antara satu sama lain.

Topologi Cincin

Gambar Topologi Cincin

  1. Terdapat beberapa  komputer yang berpaut secara sersiri sesama sendiri.
  2. Topologi cincin juga tidak mempunyai hub seperti topologi bintang.
  3. Menggunakan proses token, dimana bertujuan mengawal lalu lintas dalam satu rangkaian.
Keburukan
  • Sekiranya satu komputer rosak, rangkaian akan terjejas.


Topologi Bintang


Gambar Topologi Bintang

  1. Mempunyai satu komputer khas atau node pusat (hub) dimana komputer sekitarnya akan di rangkaikan kepada nya.
  2. Semua komputer akan berkomunikasi melaluai komputer hub. 
Kebaikan:
  • Mudah untuk mengenal pasti sekirannya berlaku kerosakan seperti komputer lain tidak akan terjejas sekiranya komputer hub tidak mengalami masalah.
Keburukan
  • Jika komputer hub rosak, semua komputer akan terjejas.

Network Card (Kad Antara Muka Rangkaian)

Gambar  Kad Antara Muka Rangkaian


Kad antara muka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai antara muka fizikal atau penyambung di antara komputer anda dengan kabel rangkaian. Antara muka rangkaian ini ada yang berbentuk kad dan ada yang berupa komponen dalam papan induk komputer.
Kad rangkaian ini juga menerima data input dari kabel dan menterjemahkannya kepada byte yang difahami oleh unit pemprosesan pusatkomputer. Kad rangkaian mengandungi perkakasan dan program firmware (aturcara rutin yang tersimpan dan ROM) yang mengimplemen fungsi-fungsi logikal link control (LLC) dan media access control (MAC) pada lapisan pautan data model OSI

Fungsi kad antara muka rangkaian ialah:
  • Menyediakan data dari komputer untuk kabel rangkaian
  • Menghantar data ke komputer yang lain
  • Mengawal aliran data di antara komputer dan sistem kabel penyambung

Grafik Card (Kad Grafik)



Unit pemprosesan grafik (GPU) adalah sebuah cip yang bertugas untuk memproses data grafik yang dihantar oleh CPUsebelum dipaparkan ke monitor. Unit pemprosesan grafik boleh jadi sama ada terbina di dalam papan induk ataupun dipakejkan dalam bentuk kad tambahan. Unit pemprosesan grafik yang dipakejkan dalam bentuk kad tambahan dikenali sebagai kad grafik. Kad grafik disambungkan ke papan induk sama ada melalui slot PCI (sehingga tahun 1998), slot AGP (sehingga tahun 2005) ataupun slot PCI Express (piawaian terkini).
Lazimnya, unit pemprosesan grafik mempunyai 4 komponen utama:-
  1. Pemproses grafik - bertugas memproses data grafik. Pemproses grafik yang lebih berkuasa dapat memproses lebih banyak data grafik yang berat dan kompleks, terutamanya ketika bermain permainan komputer ataupun ketika melakukan kerja-kerja grafik berat.
  2. Ingatan grafik - ingatan capaian rawak yang dipasang pada unit pemprosesan grafik, berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara untuk diproses.
  3. Penukar digital-analog - menukarkan isyarat grafik digital dari kad grafik ke isyarat analog yang digunakan oleh monitor.
  4. Port VGA - menyediakan antaramuka dari kad grafik ke monitor, berfungsi menghantar isyarat akhir grafik yang telah diproses ke monitor.

Sound Card (Kad Bunyi)


Kad bunyi adalah kad tambahan komputer yang boleh menerima input dan mengeluar output bunyi dengan kawalan perisian.
Kad bunyi yang biasa termasuk cip bunyi biasanya mempunyai ciri penukar digit ke analog yang menukarkan bunyi gelombang digit atau dirakamkan kepada format analog. Isyarat ini dialirkan kepada penyambung (jenis fon telinga) di mana kabel penyambung kepada amplifier atau destinasi seumpamanya boleh dicucuk masuk.
Kad bunyi juga mempunyai penyambung "line in" di mana signal bunyi dari perakam pita atau sumber bunyi seumpamanya boleh disambungkan. Kad bunyi boleh mendigitkan isyarat ini dan menyimpannya (dikawal oleh perisian komputer selaras) pada cakera keras komputer.)

Gambar Kad Bunyi

Speaker (Pembesar Suara)

Pembesar suara yang digunakan pada komputer mempunyai sumber bekalan kuasa
yang tersendiri, malah ia juga tidak memerlukan amplifier tambahan untuk
memmperbesarkan isyarat output, ini adalh kerana amplifier telah diintegrasikan kedalam pembesar suara. Terdapat pelbagai jenis spesifikasi pembesar suara, biasanya akan mengelaskannya berdasarkan bilangan saluran bunyinya.


Gambar Pembesar Suara

Mouse (Tetikus)

Salah satu peranti input yang paling popular ketika ini ialah tetikus (mouse) dimana jenis-jenisnya adalah pelbagai dan lebih dikenali dengan nama-nama khas seperti MousemanSurfmanTrackman dan sebagainya. 
Hampir kesemua peranti input tersebut dilengkapi dengan bebutang selain memiliki berbagai ciri-ciri terkini seperti bebutang berbentuk roda serta bebola trek. Disamping itu terdapat juga tetikus yang dilengkapi dengan teknologi pengawalan terbaru dan tidak memerlukan wayar atau kabel untuk menghubungkannya dengan komputer kerana ia mempunyai bekalan kuasa sendiri.  Apa yang lebih menarik ialah rekabentuknya yang kelihatan unik dan berinovatif akan memudahkan penggunaan dan mengutamakan keselesaan penggunaannya.
Bebutang rodanya turut merangkumi fungsi empat bebutang pilihan yang boleh diklik dengan mudah.  Disamping itu boleh membesarkan paparan pada skrin dengan menggunakan butang ibu jari tanpa perlu menyentuh papan kekunci komputer.

Gambar Tetikus

Keyboard (Papan Kekunci)


Papan kekunci


Peranti yang selalu digunakan dan paling popular iaitu papan kekunci untuk memasukkan data. Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.

a)  menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan,untuk dihantar ke cpu bergantung kepada kekunci yang ditekan.
b)  bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
c)  mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama. 
d)  menyimpan secara sementara atau “menimbal”input jka kekunci ditaip terlalu pantas.

Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada  kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.  Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip.  Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY  ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.

Motherboard (Papan induk)


Papan induk, juga dikenali sebagai papan utama (mainboard MoBo) atau papan sistem (systemboard), merupakan pusat atau papan litar bercetak (printed circuit board) utama yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer.
Komputer biasa dibina dengan mikropemprosesingatan komputer utama, dan komponen asas lain pada papan induk. Komponen lain komputer seperti ruang simpan luaran (external storage), litar pengawal bagi paparan video dan bunyi, dan perkakasan persisian (peripheral device) biasanya dilekatkan pada papan induk melalui kabel atau penyambung.



Monitor

Monitor komputer  merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik. Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak  berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display ).  Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.
gambar monitor LCD

Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialahbilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya,l ebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan. Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod(CRT) sama seperti yang digunakan pada tiubt elevisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik  berbanding monitor CRT.